ASMA DI KALANGAN KANAK-KANAK


Pages

Wednesday

ASMA DI KALANGAN KANAK-KANAK


~ Pernafasan anak saya bunyi berdehit-dehit.Adakah dia menghidap asma?

Anda mungkin bimbang apabila mendengar bayi anda bunyi berdehit, tetapi kemungkinannya itu bukan asma. Kebanyakan bayi dan anak kecil berdehit apabila menghidap infeksi trakus respiratori atas atau selesema.

Asma, di sebaliknya, adalah keradangan tiub respiratori kecil (bronkiol) paru-paru. Jika bunyi berdehit itu berlaku dengan kerap tanpa kehadiran selesema, tanyalah pendapat doktor anda.

Doktor hanya boleh membuat diagnosis asma dengan yakin apabila mereka dapat melihat satu pola simptom bagi satu jangka masa yang agak panjang.

~ Apa yang menyebabkan asma?

Asma bagi kebanyakan kanak-kanak dan dewasa adalah reaksi terhadap asap rokok, bulu haiwan, spora kulat, kutu habuk, atau debunga (walaupun infeksi respiratori dan bersenaman dalam udara sejuk boleh juga mencetuskan serangan).

~ Apakah faktor-faktor risiko asma?

Kanak-kanak yang tinggal dengan ibu atau bapa yang merokok lebih berkemungkinan berdehit-dehit jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang tinggal dalam rumah yang tidak mengandungi asap rokok.

Genetik juga memainkan peranan. Kanak-kanak yang mempunyai ibubapa yang menghidap asma lazim mewarisi kecenderungan untuk mendapat asma, dan penyakit itu akan berkembang dengan lebih cepat bagi kanak-kanak ini daripada kanak-kanak yang tidak mempunyai asma dalam keluarga.

Bermastautin di bandar besar di samping keadaan perumahan yang tidak sempurna juga membuatkan bayi dan kanak-kanak lebih mudah diserang penyakit itu.

~ Saya dengar bahawa asma semakin meningkat. Kenapa begitu?

Asma semakin meningkat. Pengindustrian yang semakin berkembang, struktur rumah yang kecil dan pembasmian kebanyakan penyakit kanak-kanak, seperti campak dan beguk, mungkin boleh disalahkan juga.

Kita lebih banyak menghabiskan masa terkurung dalam rumah-rumah cekap tenaga. Udara dalam rumah dipenuhi alergen, seperti kutu habuk atau bulu haiwan. Jika kanak-kanak banyak menghabiskan masa di depan TV atau komputer, mereka akan kurang berada dalam udara bersih di luar. Semua ini nampaknya telah mengakibatkan peningkatan asma.

Sistem imun, yang sentiasa berfungsi, yang dahulunya berfungsi mempertahankan badan dari diserang cacar air dan rubela, sekarang tidak mempunyai banyak kerja selain menentang serangan kutu habuk, iaitu haiwan perosak yang amat halus yang kehadirannya dikaitkan dengan asma.

~ Bolehkah asma dipulihkan sama sekali?

Asma ialah penyakit berlarutan (kronik), dan setakat yang diketahui tiada ubat yang boleh menyembuhkannya. Namun begitu, asma boleh dikawal dengan ubat-ubatan, dan dengan mengurangkan juga pendedahan kepada faktor tertentu seberapa yang boleh.

Jika anak anda menghidap asma, ini tidak seharusnya menghalang dia daripada menjalankan senaman dan mengikuti gaya hidup yang sihat dan aktif. Ramai kanak-kanak akan pulih daripada asma setelah membesar, atau penyakit itu menjadi semakin kurang teruk apabila mereka lebih tua. 

~ Bagaimana SHAKLEE boleh mebantu kanak-kanak mengurangkan serangan asma?

Salah satu supplement SHAKLEE yang diamalkan untuk mereka yg asma dan lelah ini adalah OMEGA GUARD. Omega Guard ini adalah pati minyak ikan tulen yg diesktrak dari ikan laut dalam yg bersifat panas yang hidup dalam lautan yang sejuk dan tekanan yg sangat tinggi. Kebolehan ikan ini hidup kerana ikan ini mempunyai sifat anti freeze yg sgt tinggi.

Manakala MEALSHAKES adalah supplement SHAKLEE paling sesuai untuk kanak-kanak kerana dilengkapi dengan nutrisi yang lengkap. MEALSHAKES dapat meningkatkan imuniti badan anak-anak kita dan membantu perkembangan memori. Rasa pun lazat dan enak sekali!!

BERMINAT DENGAN PRODUK ISTIMEWA INI???
SILA HUBUNGI SAYA DAN PASTINYA HARGA PUN ISTIMEWA UNTUK PELANGGAN SAYA
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Terima Kasih

No comments:

© Blog Ummi Alma | Template Designed By Blog Bingkisan Hati